PROFIL

[nfw_headlines nfw_headline_title=”Latar Belakang Syarikat”]

SAFA ADVERTISING & ENTERPRISE telah ditubuhkan secara rasminya pada 29hb Jun 2002 dengan menjadikan bidang pengiklanan sebagai produk utamanya. Sebagai menyahut cabaran kerajaan supaya lebih ramai bumiputera Melayu melibatkan diri didalam bidang perniagaan maka pada 17hb Februari 2003, pihak pengurusan syarikat telah mengambil inisiatif untuk memperkembangkan bidang perniagaan yang diceburi dengan berdaftar sebagai kontraktor kelas “F” di bawah Pusat Khidmat Kontraktor.

Berbekalkan pengalaman, tenaga kerja professional dan separa professional, syarikat milik penuh Bumiputera ini bersedia untuk bersaing didalam bidang pengiklanan mahupun pembinaan yang sememangnya mempunyai prospek dan masa depan yang cerah.

Sebagai pembekal dan pemborong yang berdaftar pihak syarikat sedia memberikan sepenuh komitmen dan tanggungjawab didalam melaksanakan kerja-kerja yang diperolehi daripada Jabatan-jabatan Kerajaan, Swasta mahupun persendirian.

Berasaskan pengetahuan dan pengalaman yang ditimba, SAFA ADVERTISING & ENTERPRISE berkeyakinan untuk terus bersaing di dalam mencapai mutu, kualiti dan kepercayaan agensi-agensi kerajaan & swasta bagi merealisasikan hasrat kerajaan selaras dengan Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan.

[nfw_headlines nfw_headline_title=”Visi & Misi”]

Visi

Menjadi Sebuah Syarikat Pengiklanan Yang Berdaya Saing Di Peringkat Glokal Dan Global

Misi

Melaksanakan Setiap Kerja Dengan Efisien Dan Memenuhi Kepuasan Pelanggan Dari Aspek Masa, Kualiti Dan Kompetitif
Didalam Memenuhi Permintaan Pasaran

[nfw_headlines nfw_headline_title=”Certification” nfw_headline_details=”Certification detail”]

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *